Pelakon kacak, Fizo Omar menjelaskan penglibatannya dalam perniagaan penjualan burger sejak beberapa bulan lalu bukan hanya bagi kepentingan sendiri tetapi berhasrat ingin membantu golongan muda.
Fizo, 27, berkata, menerusi perniagaan Hot Burger itu, dia membuka peluang perniagaan kepada mereka yang benar-benar berminat tanpa perlu mengeluarkan modal.
“Idea ini timbul apabila saya dan
beberapa rakan menganjurkan Program Sahabat Belia pada awal tahun lalu
dan memikirkan apa cara yang sesuai dan mudah untuk membantu golongan
muda terlibat dalam perniagaan.
“Kami memilih menjual burger kerana ia
mudah disediakan dan digemari ramai selain dapat memberi pulangan yang
lumayan,” jelasnya.
Tambah Fizo, buat masa ini belia yang
berminat untuk berniaga akan diberikan gerai serta keperluan untuk
memasak burger selain latihan pengendalian sebagai persediaan.
“Kita akan sediakan segala-galanya untuk
mereka bagi memulakan perniagaan cuma mereka perlu membawa semangat dan
minat,” katanya.
Dalam pada itu, Fizo berkata, setakat
ini hampir 30 gerai telah mula beroperasi di sekitar Lembah Klang dan
menyasarkan 100 buah gerai lagi dalam waktu terdekat.
Menggunakan tagline Harga Kaki Lima,
Rasa Bintang Lima, Fizo berkata, ada di antara peniaga yang telah mula
menunjukkan kemajuan apabila memperoleh pendapatan bersih di antara
RM2,000 ke RM10,000 sebulan.
“Kita tidak akan ambil apa-apa imbuhan
daripada mereka dan hasil yang diterima adalah seratus peratus milik
mereka dan selain kita memberikan latihan, uniform turut disediakan
selain memantau dan membantu mereka menyelia akaun supaya ia berjalan
dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Fizo berkata, keuntungan
syarikatnya itu hanya bergantung melalui pembekalan bahan-bahan membuat
burger kepada gerai-gerai burger yang mengambil bahagian dalam program
itu.
Melalui dua lagi rakan kongsinya iaitu,
Rizal Musa, 30, dan Asri Hamid, 34, yang sememangnya arif dalam
perniagaan burger, Fizo berharap perniagaan itu akan diperluaskan di
seluruh negara suatu hari nanti.
“Buat masa ini kita menyasarkan sekitar
Lembah Klang namun adalah menjadi harapan kami ia akan diperluaskan di
seluruh negara dan menjadi jenama pilihan,” jelasnya.
Antara jenis burger yang dijual di Hot Burger adalah seperti burger ikan, unta, arnab, rusa, burung unta, daging dan ayam.
Terus terang bro cakap, bro memang respek sama Fizo Omar la sebab beliau cuba nak membantu golongan belia bumiputra. Jum2 meniaga tambahkan pendapatan :-)
Terbaek bro. Buat baik berpada pada. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati. Amin "o.f"
ReplyDeleteHaha..tula bro..Insyallah benda baik diberkati :-)
ReplyDelete