Wednesday 16 January 2013

DUA EMPAYAR PERNIAGAAN YANG BERMULA DARI BAWAH

Kalau sebut dua nama ni, kita mesti dah selalu dengar atau mungkin kita selalu pergi ke tempat ni untuk membeli barang. Siapa tak kenal Jakel? Dan siapa tak kenal Mydin? Dua empayar perniagaan bumiputra yang sangat terkenal di negara kita.

Korang mesti tertanya-tanya dan nak tahu bagaimana kedua-dua empayar perniagaan ini BERMULA? Aku memang kagum sangat dengan prinsip dan cara diorang meniaga.

Realitinya, JAKEL dan MYDIN bermula dari bawah !

Wisma Jakel


JAKEL memulakan perniagaan dengan premis yang kecil di Muar, Johor sekitar tahun 1985 dengan bermodalkan RM 30 dan dua tenaga kerja. JAKEL bermula dengan menjual tiga barang iaitu tikar getah, karpet dan langsir dan kini akhirnya jenama Jakel adalah di antara peneraju utama industri tekstil negara.


Mydin di Jalan Tok Hakim
MYDIN pula bermula di sebuah ruang 1/4 rumah kedai papan yang disewa dalam tahun 1945 di Kota Bahru, Kelantan. MYDIN pada awalnya mula dengan menjual barang permainan kanak-kanak yang dibawa masuk dari Thailand oleh pengasasnya, Tuan Mydin Mohamed. Dan, jika dilihat sekarang Mydin adalah setaraf dengan pasaraya atau pusat beli belah terkenal seperti Tesco, Giant dan lain-lain.

Baru-baru ni aku dan isteri berkesempatan untuk ke Tesco Ipoh untuk beli sedikit barang dan aku tengok Tesco Ipoh makin hari makin lengang sejak Mydin Meru Raya dah buka ni yer. Mana la orang tak pergi sana, harga yang ditawarkan lebih murah dan aku memang selalu pergi ke sana. Barang-barang banyak plak tu, dan lauk-pauk seperti ikan dan sayur semua 'fresh'. Pegi Tesco kecewa jer, kadang-kadang barang yang dah habis lambat dia refill so tak dapat la beli.


KESIMPULAN

1. Perniagaan yang berjaya selalunya bermula dari bawah, tak kira di mana anda berada. Mungkin empayar perniagaan seterusnya bermula dari Bukit Merah, Changlun, Kokdiang atau di mana-mana kawasan pendalaman lain. Setelah perniagaan berkembang, baru lah pengasas perniagaan mula untuk menegembangkan perniagaan mereka dengan memasuki pekan-pekan besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Melaka, Ipoh dan lain-lain.

2. Anda harus bermula sekarang tak kira di mana anda berada kerana empayar Mydin dan Jakel yang terbentuk mengambil masa untuk berkembang maju sehingga sekarang. Mydin mula menapak sekitar tahun 1945 manakala Jakel pula pada tahun 1985. Mulakan empayar anda sekarang, mungkin empayar anda akan ditulis dalam blog ini pada tahun 2020. :-)

Jum baca lagi : Ilanicious T-Shirt Inspirasi Isteri
                        Juegos Net Cyber Cafe

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk