Monday 14 January 2013

RAHSIA KEBIJAKSANAAN 'YAHUDI'

Selamat pagi semua. Lama den tak update post terbaru sebab tengah sibuk sket set up bisnes wife. Ok, kali ni aku nak kongsikan satu kajian yang dilakukan oleh Dr Stephan Carr tentang bagaimana kaum Yahudi dapat melahirkan ramai cendiakawan dari pelbagai bidang. Artikel ini bertajuk “WHY THE JEWS SO SMART?”. Amat menarik kerana artikel membincangkan tentang adakah kaum Yahudi ini dilahirkan untuk menjadi pintar, suatu kebetulan atau atas usaha mereka sendiri? 


Artikel tersebut ditulis oleh beliau setelah melakukan pelbagai kajian yang mengambil masa berbelas tahun. Selepas membaca artikel tersebut, aku ada membuat sedikit kajian dan membaca artikel-artikel lain bagi menyokongnya seterusnya melakukan perbezaan dalam kehidupan kita terutamanya bangsa Melayu.


Proses Bermula Dari Dalam Kandungan

Permulaan artikel ini, beliau menerangkan bagaimana proses ‘Kebijaksanaan’ Yahudi itu bermula. Menurut kajian Dr Stephan, apabila kaum Wanita Yahudi (si Ibu) mengandung, si Lelaki (Ayah) dan ibu tadi akan membeli buku matematik, menyanyi dan bermain piano. Dan semua perkara ini mereka akan lakukan bersama terutama menyelesaikan masalah matematik. Ini kerana keinginan mereka ingin melahirkan zuriat Yahudi yang genius dan bijaksana. Bagi aku ia amat menarik sekali. Jarang kita lihat perkara ini berlaku di kalangan orang kita.

Dalam beberapa artikel lain yang aku baca, sekiranya si Ibu banyak berfikir tak kira yang bagus atau tidak, ia akan di ‘pindahkan’ kepada si anak dalam kandungan itu. Jadi sekiranya si ibu berfikir tentang menyelesaikan masalah matematik atau apa saja ilmu-ilmu, insya Allah dengan izinNYA ilmu itu akan di pindahkan kepada si bayi tadi.

Itu sebabnya Islam amat menggalakkan kita membaca Al Quran, melakukan perkara yang baik lagi yang bijaksana supaya anak kita nanti akan berjaya dan menjadi seorang ‘MANUSIA’. Kaedah seperti meletakkan ‘head-phone’ ke perut dan mendendangkan lagu-lagu berilmu serta bacaan ayat Suci Al Quran pun amat berkesan kerana dengan sumber yang terus mampu merangsangkan otak si bayi.



Pemakanan Ibu Mengandung

Itu dari segi perbuatan semasa mengandung. Bagaimana dengan pemakanan si Ibu pula? Menurut artikel beliau, kebanyakkan ibu-ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Manakala kurma dan susu aku rasa tak perlu la aku jelaskannya lagi kerana Rasullullah sendiri telah menjelaskan khasiatnya. Di samping itu, si ibu tadi digalakkan makan roti dan ikan tanpa kepala serta salad. Ditambahkan pula dengan mengambil pil minyak ikan sebagai pil tambahan (supplementary).

Ini semua cukup jarang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Kita masih lagi terikat dengan pantang larang yang dibuat oleh orang dulu. Memang ada pantang larang itu bagus tapi kenapa kita tak nak cuba melakukan perkara yang memberi sedikit kelainan. Namun ada ibu-ibu moden sekarang melakukan perubahan. Lebih banyak mengambil supplement yang memberi khasiat kepada bayi dan diri sendiri, minum susu dan memakan kekacang.

Untuk pengetahuan, susu amat bagus untuk kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan kerana ia mampu mempercepatkan pembesaran tulang, sel-sel otak dan mencerahkan kulit bayi iaitu merangsang sel-sel kulit bayi. Itu sebabnya orang Yahudi putih. Kenapa orang Yahudi amat melarang memakan kepala ikan terutama kepada ibu mengandung? Ini kerana menurut kajian saintis-saintis kepala ikan mempunyai beberapa jenis bahan kimia yang boleh merencatkan sel-sel otak dan saraf manusia terutama bayi yang sedang membesar. Jadi, macam mana dengan Kari Kepala Ikan? Mmmm. Anda fikirkanlah.



Pemakanan Orang Yahudi

Bagaimana dengan cara pemakanan orang Yahudi itu sendiri. Seperti aku katakan tadi, mereka suka makan ikan terutama fillet dan salad serta kekacang. Seperti orang kita, mereka amat melarang memakan daging dan ikan bersama. Sebabnya kita sendiri pun mengatahuinya. Kalau tak tahu, tanya ibu bapa kita. Di samping itu, mereka amat suka dan menggalakkan memakan buah-buahan dulu sebelum memakan hidangan utama.

Kajian menunjukkan ikan amat bagus untuk perangsangan minda dan ia sendiri telah terbukti di Malaysia. Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu. Satu kajian tak rasmi, menyatakan bahawa penduduk di dua buah negeri ini menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan tongkol (ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama.


Ikan tongkol ini adalah sama spesis dengan ikan Solomon dan aku rasa anda semua sendiri tahu khasiat ikan Solomon. Sekiranya tak tahu, ikan Solomon mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda kita. Jadi khasiat ikan Tongkol adalah lebih kurang sama dengan ikan Solomon.

Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan utama memang bagus untuk kesihatan. Islam dan Rasulullah sendiri telah mengajarkannya kepada kita. Cuma orang kita yang tak mahu mengikutnya dan lebih suka memakan buah selepas makan berat. Menurut kajian orang Yahudi sendiri, makan buah selepas makan hidangan utama terutama hidangan karbohidrat menyebabkan kita akan rasa mengantuk, lemah dan sukar memahami pelajaran atau ilmu. Di samping itu juga ia tidak baik untuk kesihatan badan kita. Betul tak lepas makan kita akan rasa mengantuk?


Sistem Pembelajaran Yahudi 

Bagaimana pula sistem pembelajaran anak-anak mereka? Dalam artikel ini serta artikel lain, kerajaan Yahudi itu sendiri amat menitikberatkan pendidikan. Pembelajaran mereka lebih menumpukan kepada sains, perniagaan dan musik serta penumpuan kepada sukan atau aktiviti luar darjah. Jadi tak hairanlah sekiranya mereka berjaya dalam bidang sains dan perniagaan kerana kerajaan mereka sendiri memberi begitu penekanan sehingga melahirkan ramai cendiakawan serta memonopoli perniagaan dunia seperti Starbuck, DKNY, Levi’s, Dunkin Donut dan banyak lagi.

Mereka amat mengalakkan anak-anak mereka mencuba perkara-perkara baru, mencipta projek-projek sains sendiri walaupun ia nampak mengarut dan lucu kadang-kadang tetapi mereka diberi peluang berfikir dan sekiranya projek mereka seperti berpotensi maka pihak sekolah akan beri lebih ketelitian.



Pengaruh Muzik dan Sukan 

Kenapa mereka memilh muzik? Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota muzik dapat meningkat IQ dan merangsang otak. Dan mereka juga mengalakkan atau mewajibkan kanak-kanak bermain piano dan biola. Bidang sukan juga turut diberi penekanan dan sukan memanah, menembak dan balapan.

Bagi mereka, sukan-sukan terutama memanah dapat melatih otak memfokuskan sesuatu. Di samping itu, ibu bapa amat mengawal pemakanan anak-anak mereka. Kanak-kanak di sana diharuskan makan buah-buahan bersama kacang badam dan memakan pil minyak ikan. Menurut beberapa pengkaji, orang Yahudi rata-rata memahami 3 jenis bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.



Realiti Pendidikan Masyarakat Malaysia

Berbalik kepada masyarakat kita. Bagaimana sistem pendidikan kita? Bagaimana dengan pembelajaran anak-anak kita sekarang? Apa yang aku boleh rumuskan adalah masih lemah. Walaupun pelbagai kaedah pembelajaran, pembaharuan dasar atau apa sekalipun ia masih belum menunjukkan sebarang peningkatan.

Kalau kita perhatikan sistem pendidikan kita, tidak ada penekanan dalam mana-mana bidang. Anak-anak kita seperti tidak haluan untuk maju. Kita lebih menekankan sistem hafalan atau mengingat daripada pemahaman serta penelitian. Dan ini merupakan salah satu sebab kurangnya lelaki di institusi-institusi tinggi di Negara kita. Pengkhususan bidang hanya bermula apabila pelajar tersebut selesai mengambil PMR.

Namun yang menjadi kehairanannya sekarang pelajar-pelajar yang keputusan PMR mereka lemah disuruh ambil bidang SASTERA. Tidakkah kita terfikir yang bidang sastera ini perlu banyak membaca. Kalau mereka ini rajin membaca keputusan mereka taklah LEMAH. Sekarang ada pengkhususan bidang seperti IT, Kejuruteraan, Lukisan dan lain-lain tetapi lebih kepada di sekolah-sekolah asrama penuh. Kalau dulu para pelajar yang lemah ini boleh mengharapkan aliran Vokasional tetapi sekarang Vokasional pun perlu kelulusan sederhana.


Orang Yahudi Benci Rokok 

Menurut Dr Stephen, orang Yahudi tak suka merokok dan mereka menganggap merokok ini adalah TABOO. Dan ada beberapa lagi artikel lagi menyokong kenyataan ini. Kebanyakan daripada rakyat Yahudi ini tak suka kepada rokok dan juga perokok. 
Menurut penulisan Dr Stephan ini, para saintis Yahudi menjalankan satu kajian di mana nikotin yang terdapat dalam rokok dapat merosakkan sel-sel utama otak dan seterusnya melekat ataupun kerosakkan ini akan menjadi keturunan atau hereditary. Jadi kesimpulan yang ringkas, perokok akan sentiasa membawa gen yang rosak otak seterusnya menghasilkan generasi yang ‘cacat’ otak. 
Dalam artikel ‘Prices Of Cigarettes’ menunjukkan harga sekotak rokok di Israel adalah lingkungan USD 25-30(RM 80-95) dan satu kajian yang terperinci oleh WHO mendapati rakyat Israel paling kurang menghisap rokok di dunia. 
Namun pengeluar dan pemilik rokok terbesar di dunia adalah dari kaum Yahudi dan hampir 100% keuntungan rokok dunia disalurkan ke Israel. Jadi kenapa semasa kempen boikot-memboikot barang USA dan Yahudi, jenama rokok terkenal tidak di boikot bersama? Anda fikirkan?

Jadi bagi perokok di luar sana, adakah anda tahu yang anda membawa gen-gen ‘cacat otak? Jangan marah kerana ini kenyataan. Memang sekarang anda tak nampak permasalahannya tetapi cuba lihat anak anda dan dua generasi anda seterusnya. Pernahkah kita terfikir kenapa anak-anak sekarang degil, suka memberontak, panas baran, tak dengar cakap ibubapa serta sukar untuk mempelajari dan memahami perkara-perkara baru. Betul ramai pelajar yang berjaya dalam SPM, dari 9A1 hingga 20A1 dan juga ramai yang berjaya memasuki IPTA atau IPTS. Adakah ini kualiti yang negara mahukan. Tidakkah kita lihat lagi ramai para remaja yang ‘rosak’ daripada yang berjaya.


Malaysia Antara Tertinggi Hisap Rokok 

Kajian WHO juga boleh menyokong kajian Dr Stephan ini di mana ia menyatakan bahawa masyarakat Asia khususnya Asia Tenggara adalah masyarakat yang paling banyak menghisap rokok berbanding di negara lain. Bolehkah kita mengaitkan bahawa faktor rokok merupakan salah satu faktor di mana negara-negara di Asia Tenggara kurang maju dan agak kebelakang.

Mari kita kita bandingkan, negara-negara Asia Tenggara yang lain selain Singapura dengan hanya berkenaan rokok. Kebanyakan negara-negara di Asia Tenggara tidak mempunyai undang-undang yang ketat berkenaan rokok. Malahan harga rokok pun tidaklah mahal sangat berbanding di Singapura. Di sana, hanya 10-17% rakyatnya merokok. Di samping itu juga untuk merokok hanya di kawasan tertentu saja dan sekiranya mereka merokok di kawasan terbuka mereka akan dikenakan kompaun dan akan dihadapkan ke mahkamah. Itu baru merokok, tak termasuk buang punting rokok merata-rata.

Di Malaysia memang ada undang-undang untuk perokok tapi kurang atau tidak ada langsung penguatkuasaan.Walaupun kompaun sampai RM25,000 sekiranya merokok di kawasan larangan merokok tapi pernah kita melihat perokok ditangkap dan dikenakan saman atas kesalahan merokok.

Sedikit pengetahuan, kebanyakkan remaja Singapura dikategorikan antara remaja mempunyai IQ tinggi di dunia dan rakyat INDIA mempunyai IQ paling bagus di dunia. Jadi tak hairanlah Singapore National University antara 50 universiti terbaik di dunia dan berjaya melahirkan graduan yang hebat. Berbanding di negara kita dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Jadi, mari kita berfikir tentang kehebatan kaum Yahudi berbanding bangsa kita. Memang mereka adalah kaum yang dilaknat oleh ALLAH buat selama-lamanya tapi kenapa perkara yang baik kita tak boleh nak contohi, demi melahirkan generasi yang hebat, cerdik dan taat. Masih banyak perkara lagi yang aku tak sentuh terutama bab cara mereka membantu kaum mereka dalam perniagaan, bidang penumpuan di IPT, kesungguhan memartabatkan bangsa dan agama mereka dan banyak lagi.

Jadi kesimpulannya adakah kaum Yahudi ini menjadi hebat kerana kurniaan daripada Tuhan atau pun atas usaha dan kesungguhan mereka sendiri. Ingatlah Allah sentiasa membantu orang bersungguh-sungguh. Anda fikirkanlah sendiri. Aku bukan menyokong mereka tapi hanya untuk kita semua berfikir dan sedar yang Islam kebelakang dan ditindas kerana kita tidak ada generasi yang hebat lagi cerdik pandai. Semoga Malaysia dan Islam terus maju kehadapan.

Sedikit santapan – Satu kajian yang di lakukan bahagian Kardiologi PPUM di ketuai oleh Prof. Wan Azman menyatakan apabila kita sujud semasa sembahyang, pada ketika itu denyutan jantung kita akan menjadi perlahan dan stabil. Sekiranya jantung kita sentiasa berdenyut dalam keadaan yang biasa dan stabil, Insya Allah ia akan memanjangkan umur kita dan kualiti jantung kita.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk