Wednesday 30 January 2013

SKIM PEMBIAYAAN MIKRO PENIAGA 1MALAYSIA

Borang Permohonan Skim Pembiayaan Mikro Peniaga 1Malaysia. Skim diberikan kepada semua penjaja dan peniaga kecil berbilang kaum di seluruh negara sebagai menghargai sumbangan mereka dalam menjana ekonomi negara. Berikut adalah cara dan permohonan skim peniaga 1Malaysia.




Syarat Kelayakan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Tidak muflis
  3. Berumur antara 18 hingga 60 tahun
  4. Menjalankan mikro enterpris secara sepenuh masa
  5. Perniagaan yang dijalankan tidak bertentangan dengan syariah
  6. Menjadi ahli persatuan berdaftar
  7. Tidak mempunyai pembiayaan mikro dengan mana-mana bank atau agensi lain (bagi yang sudah menjelaskan sepenuhnya pembiayaan itu layak memohon)
Permohonan yang lengkap akan mengambil masa antara lima hingga 10 hari untuk diproses bergantung kepada syarat yang dikenakan. Mereka boleh mendapatkan pembiayaan bermula dari RM1,000 hingga RM50,000 dengan caj perkhidmatan 2.5 peratus yang dikenakan akan ditanggung oleh kerajaan.

Tempoh bayaran skim pembiayaan mikro itu adalah selama lima hingga sembilan tahun dengan tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran selain dikecualikan daripada semakan Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) dan Sistem Maklumat Rujukan Pusat (CCRIS).

Borang Permohonan

Bank Rakyat dalam satu kenyataan semalam berkata, penjaja atau peniaga kecil yang berminat boleh mengisi borang di Bank Rakyat dan melampirkan sekali salinan kad pengenalan serta salinan pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk