Friday 4 January 2013

TAHUN BARU, BISNES BARU

Dah 4 hari melangkah masuk ke tahun baru, 2013. Tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan indah termasuklah permulaan aku dalam dunia bisnes ni.

Ok. Skang aku tengah sibuk untuk bisnes wife aku. Dari dulu lagi dia plan nak buat bisnes, dan skang baru dah nak start. Wife aku buat design baju, aku la yang nak kena pikir semua. Pasal printer, t-shirt nak dapat mane, kualiti macam mane, delivery macam mana and harga pun skali kena la discuss dengan wife.

Cakap pasal 'costing' and 'margin' senang jer la bagi aku sebab aku budak akaun..hehe Skang semua dah nak hampir setel, tunggu jer nak launch nanti. Sabar. Sabar. Jangan terburu-buru. Kami nak pastikan bila launch nanti memang betul2 dah ok xnak la main launch jer pastu hape pun xde. Buat mase skang ni sape yang dah like FB page Ilanicious T-Shirt harap bersabar yer.

Masa aku start bisnes cyber cafe dulu pun berbuih jugak la telinga aku dengar bebel mak aku bila nak start sebab sewa kedai dah start bayar. Sabar. Tengok skang bila dah start senyap xterkate ape kan.

Alhamdulillah. Mudah2an harap ok la. Dan pada masa yang same, aku pun tengah plan 2 bisnes baik punya ntuk tahun 2013. Harap2 tahun ni tahun yang memberi tuah kepada aku n wife.

Jum tengok gambar tengah set up printer untuk Ilanicious T-Shirt.




Baca lagi : Ilanicious T-Shirt Inspirasi Isteri
                 Juegos Net Cyber Cafe

2 comments:

  1. Alhamdulillah..selamat dah setup kat Ilanicious.blogspot.com

    Thanks dear.

    ReplyDelete
  2. Can't wait for Juegos Ads!!!!! ;)))

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk