Tuesday 1 January 2013

REZEKI BERTAMBAH BILA BERPAGI-PAGIAN

DALAM kehidupan manusia terutamanya umat Islam, mata pencarian dan hasil kerja dikenali sebagai rezeki. Dalam hal ini umat Islam mestilah mencari rezeki yang halal bagi diri dan keluarganya. Rezeki tersebut mestilah rezeki yang halal daripada hasil usaha tangannya sendiri.

Rezeki adalah bahan keperluan untuk hidup seperti makanan sehari-hari atau nafkah buat keluarga, pendapatan, penghasilan dan pencarian seseorang. Selama masih hidup manusia akan tetap diberikan rezeki oleh Allah SWT, sama ada sedikit ataupun banyak. Rahmat Allah amat luas, bersyukurlah dengan nikmat Allah dan carilah rezeki yang halal, jangan makan rezeki yang haram.
Rasulullah SAW bersabda: "Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardu (seperti solat, puasa dan lain-lain)."
Rezeki yang berkat dapat diraih pada waktu pagi. Nabi SAW bersabda: "Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkat dan keuntungan." (riwayat Ath-Thabrani dan Al-Bazzaar).

Dalam hadis yang lain Nabi SAW juga bersabda: "Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi hari mereka (waktu fajar).

Ini dijelaskan lagi oleh Nabi SAW dalam sabdanya: "Selesai solat fajar (Subuh) janganlah kamu tidur sehingga melalaikan kamu untuk mencari rezeki." (riwayat Ath-Thabrani).
Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.
So, jum lah sama2 kita berpagi-pagian mencari rezeki. Mulakan perniagaan awal pagi walaupun prospect 'customer' kita belum bangun lagi mungkin pukul 10 pagi baru bangun tapi kita telah memberi tanggapan bahawa kita serius untuk berniaga. Dan mungkin dapat menarik customer-customer lain, atau mungkin dapat meletakkan diri anda berbeza dengan pesaing anda ! 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk