Wednesday 10 September 2014

PENGORBANAN SEORANG ISTERI

Alhamdulillah. Hari ni 11 September 2014. Alhamdulillah sudah hampir genap 2 tahun 5 bulan aku kahwin bersama isteri aku Ilani.

Nak cerita pasal pengorbanan isteri aku.

Banyak. Hehe

1. Isteri aku ni orang Shah Alam aka Kota Kemuning so dari awal kahwin dia memang sanggup untuk pindah ke Ipoh untuk tinggal bersama-sama dengan aku. So, aku rasa untuk seorang budak perempuan bandar untuk datang ke Ipoh ni memerlukan satu pengorbanan yang besar untuk tinggalkan keluarga dia dan menetap di Ipoh bersama-sama aku.


  • 2. Ku teruskan cerita lagi. Aku dan isteri aku adalah PTD dan kami berhenti kerja kerajaan pada awal March 2013. Ilani ni ada Master In Law dan dia betul-betul nekad untuk tinggalkan kerja dia semata-mata nak berbisnes sama2 dgn aku. Jadi aku kira, dia sanggup berkorban tinggalkan kerjaya nya demi untuk berbisnes dengan aku. Biasa la, mula-mula bisnes ni bukan senang. Kita baru nak naik, jadi semua benda kita yang buat. Pengorbanan masa, tenaga yang isteri aku sumbangkn tak ternilai sebenarnya sehingga CTM gah 300k likes di facebook. Susah senang kami berdua sahaja yang tahu. Pernah satu ketika, tiap-tiap hari terpaksa tidur di kedai kerana tempahan yang terlampau banyak dan nak ulang alik rumah agak jauh.


3. Alhamdulillah, sudah 2 tahun lebih bersama. Rumah adalah territory isteri aku. Isteri aku ni rajin, dan kadang2 sweet plak tu. Kadang2 aku tengah drive pergi jumpa supplier dia call, "Abang, sayang ade masakkan lauk kegemaran abang". Haishh. Terus hilang perasaan letih dan rasa nk cepat2 balik rumah jer. Sayang oh sayang, awak ni memang betul2 baik lain. Selalu kalau abg balik rumah, mesti ade air teh atas meja. Sayang selalu hiburkan hati abang, teman abang dekat rumah tengok tv sama2.

4. Isteri aku ni rajin buat kerja rumah. Benda dia suka buat adalah basuh toilet dan kemas dapur. Dia selalu sediakan preparation untuk masak awal2. Basuh baju aku pun dia buat jugak. Kerja aku cuma buang sampah kalau nk keluar rumah hari2, dan kadang2 tolong sapu n bersihkan sangkar Yoona dan Idella.

5. Isteri saya seorang yan fun. Dekat rumah ada set karaoke. Kadang-kadang kami berdua pasang laptop cucuk dekat tv dan marathon running man sama2. Masa yang dia sentiasa luangkan bersama saya sentiasa saya ingat selalu.

Banyak sangat la pengorbanan isteri saya. Tak larat nak cerita. Nnti sambung next episode ye. Tunggu. Aku sayang sangat dekat isteri aku sebab dia sangat baik dgn aku. I LOVE U SYG <3

Sunday 14 July 2013

OPEN HOUSE JUEGOS NET CYBER CAFE

Yeah. Tak sabar rasenye nak buat open house untuk Juegos Net nanti.


HIDUP BERMUKA-MUKA

Terus-terang bro memang tak suka orang yang macam ni. Bermuka-muka.
Poker Face

PENGALAMAN BERNIAGA DI BAZAR RAMADHAN


Sape cakap 'berniaga' ni senang. Tapi bukan senang nak jadi SENANG !

Nak cerita pengalaman masa dulu pernah cuba-cuba meniaga first time di bazar Ramadhan. Lokasi di Bazar Ramadhan Taman Seri Andalas, Klang.

Kisah ni berlaku dua tiga tahun yang lepas. Senang cita, bukan senang nak meniaga di bazar Ramadhan ni. Hati kena kental beb.

Aku dan sorang member sempat meniaga dalam 2 minggu macam tula. Perit. Ingatkan meniaga air senang rupanya susah. Nak pasang khemah petang dekat bazar, tapi dari pagi dah start keja dah.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk