Wednesday 2 January 2013

'HOT BURGER' FIZO OMAR - BELIA TAK PERLUKAN MODAL


Pelakon kacak, Fizo Omar menjelaskan penglibatannya dalam perniagaan penjualan burger sejak beberapa bulan lalu bukan hanya bagi kepentingan sendiri tetapi berhasrat ingin membantu golongan muda. 

Fizo, 27, berkata, menerusi perniagaan Hot Burger itu, dia membuka peluang perniagaan kepada mereka yang benar-benar berminat tanpa perlu mengeluarkan modal.

“Idea ini timbul apabila saya dan beberapa rakan menganjurkan Program Sahabat Belia pada awal tahun lalu dan memikirkan apa cara yang sesuai dan mudah untuk membantu golongan muda terlibat dalam perniagaan.

“Kami memilih menjual burger kerana ia mudah disediakan dan digemari ramai selain dapat memberi pulangan yang lumayan,” jelasnya.

Tambah Fizo, buat masa ini belia yang berminat untuk berniaga akan diberikan gerai serta keperluan untuk memasak burger selain latihan pengendalian sebagai persediaan.

“Kita akan sediakan segala-galanya untuk mereka bagi memulakan perniagaan cuma mereka perlu membawa semangat dan minat,” katanya.

Dalam pada itu, Fizo berkata, setakat ini hampir 30 gerai telah mula beroperasi di sekitar Lembah Klang dan menyasarkan 100 buah gerai lagi dalam waktu terdekat.

Menggunakan tagline Harga Kaki Lima, Rasa Bintang Lima, Fizo berkata, ada di antara peniaga yang telah mula menunjukkan kemajuan apabila memperoleh pendapatan bersih di antara RM2,000 ke RM10,000 sebulan.

“Kita tidak akan ambil apa-apa imbuhan daripada mereka dan hasil yang diterima adalah seratus peratus milik mereka dan selain kita memberikan latihan, uniform turut disediakan selain memantau dan membantu mereka menyelia akaun supaya ia berjalan dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Fizo berkata, keuntungan syarikatnya itu hanya bergantung melalui pembekalan bahan-bahan membuat burger kepada gerai-gerai burger yang mengambil bahagian dalam program itu.

Melalui dua lagi rakan kongsinya iaitu, Rizal Musa, 30, dan Asri Hamid, 34, yang sememangnya arif dalam perniagaan burger, Fizo berharap perniagaan itu akan diperluaskan di seluruh negara suatu hari nanti.

“Buat masa ini kita menyasarkan sekitar Lembah Klang namun adalah menjadi harapan kami ia akan diperluaskan di seluruh negara dan menjadi jenama pilihan,” jelasnya.

Antara jenis burger yang dijual di Hot Burger adalah seperti burger ikan, unta, arnab, rusa, burung unta, daging dan ayam.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh menghubungi Asri Hamid di talian 011-1929 9990 untuk keterangan lanjut. 

Terus terang bro cakap, bro memang respek sama Fizo Omar la sebab beliau cuba nak membantu golongan belia bumiputra. Jum2 meniaga tambahkan pendapatan :-)

2 comments:

  1. Terbaek bro. Buat baik berpada pada. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati. Amin "o.f"

    ReplyDelete
  2. Haha..tula bro..Insyallah benda baik diberkati :-)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk