Friday 18 January 2013

'STEVE JOBS' MALAYSIA BERUMUR 17 TAHUN


Baca Harian Metro online pagi ni, dan terbaca pasal artikel ni. Kagum, kagum dan kagum ! Wah, zaman teknologi sekarang dah lain macam dan yang positifnya telah melahirkan generasi-generasi yang cerdik pandai tak kira di mana kita berada.

Makin ramai usahawan dan jutawan muda bumiputra yang saban hari banyak dilahirkan. Nama-nama seperti Irfan Khairi, Azizi Aziz, blogger-blogger seperti BeautifulNara, Redmummy dan lain-lain telah membuktikan bahawa golongan bumiputra sekarang telah BERUBAH, mengorak langkah dengan lebih maju ke hadapan.


Usianya baru menjangkau 17 tahun, namun bakat luar biasa dimiliki pelajar, Syed Muhammad Syed Abdullah mengagumkan berikutan mampu menembusi perisian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple menerusi lima aplikasi dihasilkan untuk iPhone dan satu permainan ciptaannya diiktiraf terbaik dunia.

Ekoran bakat luar biasa itu, dia yang mesra disapa Habib Al-Attas menerima ‘panggilan mengejut’ daripada syarikat Apple di Amerika Syarikat tiga hari lalu untuk dipastikan mengenai aplikasi terbabit sesudah permainan ciptaannya menarik perhatian pengguna iPhone di 30 negara.

Selain pengguna di Amerika Syarikat, pengguna iPhone negara lain yang tertarik dengan permainan ciptaannya termasuk dari United Kingdom, Perancis, China, Russia, Itali, Jepun, India, Jerman, Greece dan Thailand.

Ketika ditemui di rumahnya, di Ukay Perdana, di sini, Habib berkata, sejak dimuat naik permainan, Crazy Ball di iPhone pada 14 Januari lalu, aplikasi itu menerima sambutan ‘panas’ sebelum diiktiraf tiga terbaik dalam dunia.

Dia yang digelar ‘Steve Jobs Malaysia’ dalam kalangan rakan-rakannya berkata, permainan itu menerima 900 muat naik pada hari pertama dan memecah monopoli penghasilan aplikasi dunia lain.


Baca lagi :  Ilanicious T-Shirt Inspirasi Isteri
                   Juegos Net Cyber Cafe

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk