Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan
untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don
Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk
kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
1. Pre Baby Boom
Generasi
Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya.
Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka
mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini
dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah
lama hidup.
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
Generasi
The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964.
Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran
yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai
pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa
perang. Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi
ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga.
Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah
generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi
keputusan mereka.
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) - GEN X
Selepas
era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan
mendadak. Terma “the baby bust”, istilah yang sering dipakai ialah
“Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk
kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka
mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”. Gen
X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media
yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja
boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) - GEN Y
Ini
dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak
lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan
melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) – GEN Z
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 12 tahun.
Berikut
ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat
“Buletin Perangkaan Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia:
* Pre-Baby Boom (65 tahun ke atas) – 4%
* The Baby Boom (47 hingga 64 tahun) – 16%
* The Baby Bust / Gen X (34 hingga 46 tahun) – 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (13 hingga 33 tahun) – 21%
Antara
ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 34
hingga 46 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33
tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara,
menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada
“collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan
inginkan sesuatu secara pantas (speed).
Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.