Thursday 16 May 2013

TEKNOLOGI BAKAL MERUBAH PERNIAGAAN ANDA ?

Adakah anda bersedia dengan perubahan teknologi ? Mungkin kah perubahan ini memberi manfaat kepada perniagaan anda atau perubahan teknologi menyebabkan perniagaan anda tidak lagi relevan dan teknologi hanya menambah persaingan kepada perniagaan anda?

Jawapannya mudah. Sekiranya anda memanfaatkan perubahan arus teknologi seperti internet, laman sosial seperti Facebook, Youtube dan yang terbaru Keek anda dapat mentrasformasikan perniagaan anda untuk sentiasa berada di hadapan daripada pesaing anda !

Sebagai contohnya, peniaga yang membuka kedai misalannya di Ipoh pada sekitar tahun 80-an atau 90-an belum tentu lagi kehadiran kedai tersebut hampir akan diketahui oleh segenap pelusuk penduduk di Ipoh. Tetapi dengan wujudnya kemudahan internet, transaksi jual beli bukan sahaja berlaku di kedai malah juga secara online melalui laman sosial seperti Facebook dan kedai blog. 

Lihatlah.. Betapa canggih nya teknologi. Kedai yang hanya terletak di Ipoh telah berjaya menerima tempahan daripada pelanggan dari negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Sarawak dan lain-lain. Pelanggan-pelanggan dari kawasan Ipoh tak usah perlu cakap lah.. Alhamdulillah..

Nampak tak..Teknologi dengan sangat cepat dapat mempromosikan perniagaan anda kepada sesiapa sahaja tak kira di mana mereka berada ASALKAN ada internet.

Apa akan terjadi jika kita masih syok sendiri dengan masih menggunakan stail lama di dalam perniagaan ?

- Pesaing kita dengan mudah akan mendahului kita, dan mengambil semua bakal-bakal pelanggan kita. Adakah itu yang anda mahu ?

- Perniagaan anda mungkin akan menjadi tidak relevan dan ditelan oleh kemajuan teknologi. Misalannya, penggunaan KODAK pada masa kini adalah tidak relevan dan dilihat ketinggalan zaman dengan kelebihan teknologi tinggioleh pesaing-pesaing lain seperti Canon, Nikon, Fuji dan Olympus.

So, pastikan kita sentiasa seiring dan bersama dalam arus perubahan untuk terus kekal relevan dan dapat bersaing dengan pesaing anda !

  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk