Wednesday 8 May 2013

BOSS DAN 'KULI'

Situasi di alam pekerjaan sekarang dah lain. Atau sama jer ea daripada dulu sejak zaman penjajah lagi. Bagi aku, aku rase same jer kot. Kalau ak berjaya dalam KERJAYA, kita mesti AGRESIF tambah-tambah lagi kalau kerja di syarikat bangsa asing yang bukan beragama Islam. Kena kerja KUAT, baru 'untung' banyak. Habis keringat kena kerah. Lu asyik-asyik cuti, esok berenti kerja saja.. Itu la ungkapan-ungkapan yang biasa kita dengar !

BOSS marah kuli perkara biasa. BOSS tak nak tahu ape mende, tapi yang penting janji kerja dia mintak janji siap. BETUL ?
TETAPI, adakah kita sedar sebenarnya agama kita ada memberi garis panduan dan adab-adab sebagai Boss or Kuli ? 
Gambar sekadar hiasan
Merendahkan orang lain kerana perbezaan bangsa dan jawatan adalah sikap JAHILIYAH. Al-Ma’ruur B. Suwaid berkata:

“Aku bertemu Abu Dzar di Rabadzah, Ketika itu beliau mengenakan hullah (sejenis pakaian berlapis), demikian dengan pembantunya. Aku pun menanyakannya tentang hal tersebut, maka beliau berkata:

“Aku telah menghina (atau mengejek) seseorang (iaitu salah seorang hamba/pembantunya) dengan cara menghina ibunya (kerana berbangsa ‘ajam), maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menegurku, “Wahai Abu Dzar, adakah engkau menghina ibunya? Sungguh pada diri engkau masih terdapat tingkah-laku jahiliyah. Pembantu kamu adalah saudara kamu. Allah telah menjadikan mereka di bawah tanggungan kalian. Maka sesiapa yang saudaranya di bawah tangannya (tanggungannya), maka berilah dia makan sebagaimana yang dia makan, memberinya pakaian sebagaimana yang dia pakai. Dan janganlah kalian membebani mereka dengan apa yang di luar kemampuannya. Jika kalian terpaksa membebani mereka, maka bantulah mereka.” [Shahih Al-Bukhari, no. 30. Lihat juga no. 2545, no. 6050. Muslim, no. 1661]

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk