Wednesday 20 February 2013

JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA (JDAB) 1MALAYSIA

 Amboi. Untung nya golongan bumiputera ni. Sampai nak masuk ke universiti pun kena cari. Kagum dengan hasrat dan cita-cita kerajaan untuk menaikkan taraf pendidikan orang-orang Melayu.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) memulakan misi penjelajahan ke seluruh negara bagi mencari 5,000 pelajar miskin yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti itu.

PERATURAN BARU PERNIAGAAN BERASASKAN INTERNET

Mulai 1 Julai ini, semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian perlu mematuhi peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 bagi menjamin kepentingan kepenggunaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peraturan itu penting memandangkan seramai 1.1 juta rakyat negara ini menjalankan urusniaga dalam talian (perdagangan elektronik) dengan nilai perniagaan sebanyak RM1.8 bilion pada 2010 dan dijangka meningkat kepada RM5 bilion menjelang 2014.

Monday 18 February 2013

BAKA AYAM KAMPUNG 'MARDI' BARU - TELUR BANYAK & DAGING LEBIH

Cakap pasal bidang penternakan, aku minat jugak la nak berkecimpung. Ada la tengok-tengok blog cerita tentang penternakan ayam telur dan ayam kampung.  Dan, kebetulan keluar kat Harian Metro cerita pasal ayam hari ni.

Pembiakbakaan ayam kampung tempatan memasuki fasa terbaru apabila penyelidikan terhadap baka yang diambil dari utara dan selatan negara disatukan untuk menghasilkan ayam berkualiti dikenali Ayam Kampung MARDI.

Projek biak baka Ayam Kampung MARDI dipelopori bekas pegawai penyelidiknya, Dr Engku Azahan Engku Ahmad pada 2005 sebelum disambung rakan setugas, Azlina Azma Ismail Affendee.
Pembiakbakaan Ayam Kampung MARDI kini dilakukan di stesen penyelidikan MARDI di Muadzam Shah, Pahang, menggunakan Dana Sains daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah RM300,000.

KISAH PENGAJARAN MAK CIK 'TEMPE'

 
Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah. Kisah yang berkisarkan tentang penjual tempe ini, wajahnya sedih kerana tempe yang dibuat langsung tidak menjadi, dan tidak laku ketika dijual di pasar. Memang secara logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum siap dimasak bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran kisah ini.

Friday 15 February 2013

PEMBIAYAAN PERUNTUKAN PERNIAGAAN RM 600 JUTA - TEKUN


Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) akan memberi komitmen sepenuhnya dalam membantu menyalurkan pembiayaan kepada usahawan kecil tempatan apabila akan meningkatkan jumlah peruntukkan pembiayaannya sebanyak RM600 juta bagi tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, jumlah peruntukkan itu dijangka dapat dimanfaatkan lebih 50,000 usahawan yang memohon.

DANA USAHAWAN MUDA


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan dua inisiatif kerajaan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan dan membantu golongan muda memulakan perniagaan.

Inisiatif itu ialah pelaksanaan program Karisma Hati Rakyat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membabitkan peruntukan kerajaan RM50 juta dan Dana Usahawan Muda yang juga berjumlah RM50 juta dikendalikan SME Bank.

Friday 1 February 2013

RAHSIA KEJAYAAN 'STARBUCKS'


Siapa yang tak kenal Starbucks? Starbucks merupakan rangkaian kedai kopi yang terbesar di dunia, mencecah jualan berbilion-bilion dolar setiap tahun, dengan 60 juta pelanggan dan memiliki lebih 17,000 cawangan di seluruh dunia. Di Kuala Lumpur, Starbucks telah menjadi imej atau ikon kepada generasi cafe dan hantu WiFi di mana-mana bandar di negara kita.

Sepuluh tahun dahulu, Starbucks dilihat sebagai kedai kopi untuk orang-orang kaya Kuala Lumpur. Tetapi sekarang ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian buat mana-mana individu yang tinggal di sebuah bandar besar di negara ini. Hari ini, Starbucks bukan sekadar kedai menjual kopi. Ia adalah tempat pertemuan, tempat untuk berehat, tempat untuk menjalankan perniagaan, sebuah ‘rumah’ yang jauh dari rumah. 

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk