Monday 7 January 2013

RAHSIA PERNIAGAAN MYDIN - 'MYDIN DI SEBALIK TABIR'

Siapa  tak kenal Mydin. Mydin sekarang dah lain. Ingat Mydin, mesti ingat tagline 'Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong ! Macam aku duduk di Ipoh, selalu la tiap-tiap bulan lebih kurang tiga empat kali datang 'shopping' barang keperluan.

Wife aku suka sangat laksa dekat Mydin. Kadang-kadang teringin, bawak jer pegi sane. Hehe

Jalan-jalan kt Mydin, kat tingkat 2 jumpa seksyen untuk jual buku. Wah..Mydin sekarang dah lain, semua barang ade. Kebetulan aku ternampak sebuah buku 'Mydin Di Sebalik Tabir'. Aku pun beli la sebab harge die xmahal sangat pun.


Meh aku kongsi sket ape yang menarik pasal buku ni k. Kalau korang nak tahu, Legasi Mydin ni sebenarnya mula bertapak di Kota Bharu. Bangge orang Kelate boh !

Ingat Mydin mula-mula start terus-terus grand macam skang ke. No no no brader. Mydin mula dengan menyewa 1/4 rumah kedai di Jalan Tok Hakim. Lepas 2 dekad, baru Mydin menyewa kedai batu beb.

Ok, korang rase Mydin jual barang ape mase die mula2 start dulu?


Jawapannya, adalah BARANG PERMAINAN. Korang ingat start2 jual barang runcit macam skang ke. Xpercaya kan tapi korang kena percaya. Mesti ramai yang ingat die start jual 'minyak attar kan.

Daripada keuntungan jual barang permainan inilah, Mydin mula menambah barang-barang yang dijual seperti kepada pemetik api, belon, jarum jahit mesin, jarum jahit tangan & kad permainan Aladdin yang dikirim melalui pos daripada bapanya di Pulau Pinang.

Nampak tak. Mydin memulakan perniagaan yang diminati iaitu peruncitan, dan beliau memulakan dengan menjual 'barang permainan' yang mendapat permintaan yang tinggi. Boleh baca post aku sebelum ni yang menceritakan pasal MINAT + PERMINTAAN = KEUNTUNGAN.

Untuk menjadi peniaga berjaya, kita mestilah mampu melihat PELUANG di sebalik kesukaran yang melanda. Ketika berlaku banjir di Kota Bharu pada tahun 1966, secara logiknya perniagaan akan mengalami banyak kerugian dan banyak kedai di bandar terpaksa ditutup.

TETAPI, Tuan Mydin memilih untuk terus membuka kedai beliau dengan menjual pelampung, payung, baju hujan, lampu suluh, bateri lilin dan mancis yang mendapat PERMINTAAN sangat tinggi sehingga memaksa beliau untuk menambah stok dengan cepat dan membuka kedai lebih masa.

Dapat la serba sedikit ILMU yang aku kongsikan melalui pembacaan buku ni. Aku sarankan kepada yang berminat dalam perniagaan cuba-cuba la dapatkan buku ni. Xrugi membaca Kisah Kejayaan Legasi Mydin..Hehe

Jum baca lagi : Ilanicious T-Shirt Inspirasi Isteri
                         Juegos Net Cyber Cafe

1 comment:

  1. Very gewd. I likeeee! Tak puas nk bce ni. Knp xde sambungan

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk