Monday 17 December 2012

TAKUT

Jam baru pukul 10.21 pagi. Hari ni hari Selasa, 18 Disember 2012 bersamaan 4 Safar 1434H.Tepat jam 12.00 tengah malam ni aku kena start puasa dah.

Sebab..esok awal pagi jam 7.30 aku dah kena ada di Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh bagi pembedahan sakit aku. Xsangke tengok aku nampak je macam sihat macam ni, tapi sebenarnya aku sakit 'Cronic Bilateral-Tonsilitis'. Perasaan ? Nak cakap takut tu memang la takut. Takut apa akan jadi. Selamat ke aku lepas pembedahan tu.

Mujur la ade isteri yang akan teman esok pagi. Pagi tadi tengok isteri bangun awal, die panaskan breakfast untuk aku bawak pergi kerja. Makin hari makin sayang dan cinta aku padanya. Perasaan sayang dan cinta yang cukup kuat inilah sudah cukup untuk aku terus hidup dan mengatasi segala perasaan TAKUT.

Aku orang Melayu. Perasaan takut memang sinonim dengan bangsa aku. Penat aku belajar tinggi-tinggi, perlukah aku masih merasa takut? Ini bumi aku, bumi bangsa aku kenapa aku perlu takut? Aku hairan tengok sebangsa denganku yang takut untuk mencuba benda baru, takutkan kegagalan.

Umpamanya, kalau bapanya hanya melakukan kerja kampung seperti mengait buah kelapa sawit, dan si anak yang meningkat dewasa tidak melihat pekerjaan lain xlain xbukan sebagai pengait buah kelapa sawit. Orang lain berniaga burger, kita pun sibuk nak berniaga burger juga.


Kalau berniaga kedai runcit pula, barang selalunya kurang atau bila diminta selalu tiada dan susunan yang kurang menarik. Kalau macam ni meniaga suam-suam kuku, hanyalah untuk meneruskan kelangsungan hidup macam mane nak maju?

Boleh pakai ke pepatah 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' atau yang lebih bagus 'kais pagi makan sampai ke anak cucu' :-)

Dah. Stop pasal cakap perniagaan yer. Esok pagi saya nak menjalani pembedahan ni. Rasa takut dan kecut pun ader.Doakan semoga saya selamat sembuh yer. Insyaallah :-)

2 comments:

  1. Ala..xde pe2 la bang.xyah tkut,syg kn ade. Syg akn jge abg sampai bila2 no matter what..

    I lov u hubby..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk