Monday 24 December 2012

PEMBEDAHAN SAKIT TONSILITIS

Alhamdulillah. Hari ni hari Jumaat 21 Disember 2012. Dah 2 hari selepas pembedahan tonsilitis aku di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Semuanya selamat. Alhamdulillah. Aku makin OK ! Hari 1st tu lepas bedah memang rase sakit sangat la. Nak makan pun susah. Doktor suruh makan benda2 yang sejuk contohnya, aiskrim vanilla untuk menghilangkan rasa sakit cepat.
Muka gua tengah check tekanan darah sebelum bedah

Aku dapat MC 1 minggu (tersenyum lebar :-) ) hehe..Mase nak bedah tu, doktor kena bagi pengsankan aku dulu sebelum start bedah. Mase nak bagi ubat bius tu memang terasa sakit jugak lar. Lepas tu sedar2 je bangun mulut aku dah sakit..huhu Nasib baik ade wife and family yang setia menunggu sampai petang.

Selesai je pembedahan beb, doktor cuba suruh aku try jalan pegi toilet. Gile ke hape yob. Aku yang tengah mamai2 ni pun cuba la. Jalan terhuyung-hayang pening kepala, baru die taw yang aku ni dah tahap gaban dah ni. Pape pun alhamdulillah, aku selamat. Keadaan makin hari makin pulih. Aku dapat 3 ubat - 1. ubat tahan sakit 2. antibiotik 3. ubat kumur

Tanda-tanda yang aku dapat sebelum pembedahan;

  • Jangkitan pada tonsil yang berulang.
  • Saiz tonsil yang terlalu besar menyebabkan kurang selesa, berdengkur dan gangguan pernafasan sewaktu tidur (sleep apnea).
  • Saiz yang terlalu besar sebelah dengan tujuan untuk memastikan ia bukan barah.
  • Pesakit yang mengalami tonsil yang bernanah.
  • Masalah pendengaran
  • Mudah letih dan masih letih selepas bangun tidur
  • Rasa tidak selesa di saluran pernafasan, tekak, hidung dan mulut.
3 Januari 2013, appointment kena datang jumpa doktor balik. Harap2 sakit aku makin sembuh sebab aku dah kempunan nak makan Burger Bakor :-)

2 comments:

  1. Sedap burger bakor tu yeob! Tebal, crispy , yummehhhh! nyum nyum dappp.. terliur je tgk i mkn kelmarin kan.. ngeheheheheh

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk