Tuesday 18 December 2012

INOVATIF DALAM PERNIAGAAN UNTUK MENCARI KELAINAN

Lokasi di Sation One Leisure Cafe, Ipoh pada  05.11.2012 (Isnin) 

Lebih kurang jam 8.30 malam, saya dan isteri berada di lokasi ini, tempat ala-ala Pak Ali Kopitiam Seksyen 7, Shah Alam. Sudah tentu, lokasi ni adalah tempat ‘favourite’ untuk kami lepak, dating dan ber’chit-chat’ berkongsi idea pasal bisnes. Menu special yang selalu saya order dan paling saya suke :-) sudah tentulah Lamb Chop Champion (seperti gambar di bawah)  yang harganye RM 25.90 !
Lamb Chop Champion RM 25.90 !



Korang mesti cuba, daging lamb chop die 2 keping, memang tebal, lembut dan enak plak tu. Korang mesti try…Memang M.a.R.v.E.L.o.u.S beb..

Aku dengan wife memang selalu lepak makan sini beb. Smpi die punya staff bleh kenal n tanya "Eh, u dgn punya amoi sudah lama tarak datang aaaaaa..".Yang paling best pasal Station One ni adalah sebab:-
Live Band Performance
Ada ‘LIVE BAND PERFORMANCES’ setiap Isnin, 8.30 mlm – 11.00 mlm
BEST LAYAN LAGU ‘OLD SKEWL’ SAMBIL MAKAN LAMB CHOP !! HEHE..
Korang mesti tertanya-tanya apa kaitan makan kat tempat ni dengan ‘post’ kali ni? Melantak-melantak jugak beb, tapi sambil makan ‘otak pikir’..hehe :-)
  • Model asal perniagaan Station One adalah kedai kopitiam/ cafe. Model inovatif adalah kopitiam lepak santai diiringi ‘Live Band Performances’.
“Inovatif bermaksud mengubah sesuatu yang sedia ada menjadi baru. Kreatif pula bermaksud mencipta sesuatu yang baru.” -Irfan Khairi-
Inovatif = Hanya perlu ubah 10% sahaja daripada ‘original’ model perniagaan asal untuk membezakan anda dan pesaing anda !!!
Contoh-contoh perniagaan inovatif yang belainan dari segi ‘produk’ dan perkhidmatan  yang berjaya ketika ini adalah :-
  • Model asal adalah stall biasa menjual burger. Model inovatif adalah franchisee menjual burger. (Contoh: Burger Bakar)
  • Model asal adalah kedai kopi. Model inovatif adalah kedai kopi berprestij (Contoh: Starbucks)
  • Model asal adalah menjual tudung. Model inovatif adalah menjual tudung yang berharga tinggi (Contoh: Tudung Ariani)
Mengubah terlalu banyak sesuatu model perniagaan akan mengelirukan pelanggan dan menyukarkan promosi anda. Mengubah sedikit sahaja (10%), tidak akan mengelirukan pengguna oleh kerana pengguna agak biasa/familiar dengan model asal.
Ubah 10 % sahaja dapat membezakan anda dan pesaing dalam perniagaan. 
P/S : Selamat maju jaya dalam perniagaan anda :-)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk