Sunday, 14 July 2013
PENGALAMAN BERNIAGA DI BAZAR RAMADHAN
Sape cakap 'berniaga' ni senang. Tapi bukan senang nak jadi SENANG !
Nak cerita pengalaman masa dulu pernah cuba-cuba meniaga first time di bazar Ramadhan. Lokasi di Bazar Ramadhan Taman Seri Andalas, Klang.
Kisah ni berlaku dua tiga tahun yang lepas. Senang cita, bukan senang nak meniaga di bazar Ramadhan ni. Hati kena kental beb.
Aku dan sorang member sempat meniaga dalam 2 minggu macam tula. Perit. Ingatkan meniaga air senang rupanya susah. Nak pasang khemah petang dekat bazar, tapi dari pagi dah start keja dah.
Monday, 1 July 2013
AKU TAK PERNAH 'GIVE UP' SEBAB ?
Berkali-kali dugaan datang kepada aku dan isteri. Pernah juga terfikir nak 'give up'. Tetapi semangat kami kuat. Kalau lah nak diceritakan dari a-z, mungkin ada yang tak sanggup nak lalui yang apa pernah kami lalui.
Tapi, SEKARANG dah lepas.
Rasa lega sangat.
Thursday, 23 May 2013
Thursday, 16 May 2013
TEKNOLOGI BAKAL MERUBAH PERNIAGAAN ANDA ?
Adakah anda bersedia dengan perubahan teknologi ? Mungkin kah perubahan ini memberi manfaat kepada perniagaan anda atau perubahan teknologi menyebabkan perniagaan anda tidak lagi relevan dan teknologi hanya menambah persaingan kepada perniagaan anda?
Jawapannya mudah. Sekiranya anda memanfaatkan perubahan arus teknologi seperti internet, laman sosial seperti Facebook, Youtube dan yang terbaru Keek anda dapat mentrasformasikan perniagaan anda untuk sentiasa berada di hadapan daripada pesaing anda !
Sebagai contohnya, peniaga yang membuka kedai misalannya di Ipoh pada sekitar tahun 80-an atau 90-an belum tentu lagi kehadiran kedai tersebut hampir akan diketahui oleh segenap pelusuk penduduk di Ipoh. Tetapi dengan wujudnya kemudahan internet, transaksi jual beli bukan sahaja berlaku di kedai malah juga secara online melalui laman sosial seperti Facebook dan kedai blog.
Wednesday, 15 May 2013
CHELSEA JUARA EUROPA LEAGUE !
Thursday BLUES.
Chelsea menang lagi.
Chelsea mengalahkan Benfica 2-1 melalui jaringan Fernando Torres dan Branislav Ivanovic.
Aku senyum. Tengok gambar.
Chelsea menang lagi.
Chelsea mengalahkan Benfica 2-1 melalui jaringan Fernando Torres dan Branislav Ivanovic.
Aku senyum. Tengok gambar.
Tuesday, 14 May 2013
NASIB ORANG MELAYU - TUN MAHATHIR
SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik
simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan
apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu
bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi
dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa
sendiri.
Sunday, 12 May 2013
UMNO & PAS BERGABUNG ?
Ini-lah akan jadi bila UMNO dan PAS apabila bergabung ! Mimpi ?? Tak salah jika mimpi perkara yang baik-baik demi perpaduan umat Islam !
Hehe.. Lawak sebentar sebelum sambung bekerja :-)
Hehe.. Lawak sebentar sebelum sambung bekerja :-)
KISAH BAGAIMANA 25 JENAMA TERKENAL DUNIA BERMULA
Jenama terkenal dunia seperti Coca-Cola, IBM, Miscrosoft, Google, McDonald, Oracle dan Nike diasaskan
oleh orang biasa yang mempunyai semangat dan kelebihan luar biasa.
Kedudukan dan nilai jenama-jenama tersebut ditentukan oleh satu
organisasi antarabangsa yang unggul dikenali sebagai Interbrand.
Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal ini bukan sahaja menarik
untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari.
Bagaimana syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan
yang dicapai saban tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan
patut kita contohi.
Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas syarikat jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat di seluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini ianya bernilai AS70.5 bilion.
Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas syarikat jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat di seluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini ianya bernilai AS70.5 bilion.
Saturday, 11 May 2013
PENGUASAAN 'YAHUDI' DALAM DUNIA PERNIAGAAN
Yahudi merupakan satu bangsa yang tidak asing lagi di mata dunia. Menurut statistik yang diperoleh daripada Wikipedia, dianggarkan terdapat lebih kurang 14 juta penduduk dunia yang berbangsa Yahudi, atau lebih kurang 0.2% daripada populasi dunia. Majoriti mereka ini iaitu 6 juta orang berada di negara Israel, 5 juta berada di negara Amerika Syarikat dan selebihnya di Asia, Eropah dan Afrika.
Friday, 10 May 2013
GENERASI X, Y ATAU Z ?
Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan
untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don
Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk
kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
Wednesday, 8 May 2013
BOSS DAN 'KULI'
Situasi di alam pekerjaan sekarang dah lain. Atau sama jer ea daripada dulu sejak zaman penjajah lagi. Bagi aku, aku rase same jer kot. Kalau ak berjaya dalam KERJAYA, kita mesti AGRESIF tambah-tambah lagi kalau kerja di syarikat bangsa asing yang bukan beragama Islam. Kena kerja KUAT, baru 'untung' banyak. Habis keringat kena kerah. Lu asyik-asyik cuti, esok berenti kerja saja.. Itu la ungkapan-ungkapan yang biasa kita dengar !
BOSS marah kuli perkara biasa. BOSS tak nak tahu ape mende, tapi yang penting janji kerja dia mintak janji siap. BETUL ?
TETAPI, adakah kita sedar sebenarnya agama kita ada memberi garis panduan dan adab-adab sebagai Boss or Kuli ?
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
MESEJ KHAS 'MUFTI PERAK' KEPADA ORANG MELAYU
Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria
Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS
sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada
dalam keadaan berpecah belah.Selain dari itu beliau memberikan nasihat
kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan “fatwa”
yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.
RUMAH INI ADA ONDANG - ONDANG ! OK, FINE !!
Sudah 1 tahun lebih aku berkahwin dengan wife tercinta..Syukur Alhamdulillah kami dah melepasi fasa tahun pertama, dan sekarang berada di dalam tahun kedua.
"RUMAH INI ADA ONDANG-ONDANG," kata isteriku. Nak tergelak pun ada tapi kena SERIUS sebab teringat cerita P. Ramlee al-kisah Tiga Abdul. Bukan aku sorang je dengar, suami-suami lain pun same jugak kan ye tak? Heee..
Tuesday, 26 March 2013
USAHAWAN SELEBRITI MALAYSIA
Dato Wan Mohamad Sani Salleh
Mungkin
ramai yang tidak mengenali Dato Wan Mohamad Sani Salleh. Tetapi jika
disebut tentang bekas model pelakon dan anggota kumpulan Impression
bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusoff pada lewat 90an? Ha, sudah tentu
ramai yang katakan, “Oh dia ke?!”
Jejaka
berusia 34 tahun berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti
Kolej Sunway ini merupakan antara usahawan merangkap artis yang paling
berjaya dalam bidang perniagaan. Dianugerahkan Darjah Dato Indera
Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran dato
pada 2009, beliau kini adalah pengarah urusan SANI United Sdn Bhd
(SUSB). Sebelum ini Dato Sani Memulakan perniagaan dengan membuka
bengkel membaiki kenderaan. Pada tahun 2003 Dato Salleh menubuhkan SUSB
dengan 2 lagi rakan kongsi yang menarik diri tak lama kemudian yang
menyebabkan Dato Sani terpaksa mengambil risiko dengan seorang pekerja
dan hanya pada 2006 barulah menyaksikan SANI Express berada di jalanraya
dengan 6 buah bas. Kini setelah 7 tahun berlalu SUSB memiliki lebih 150
pekerja dan mempunyai bangunan 3 tingkat sendiri Wisma Dato’ Sani yang
terletak di Klang Sentral.
Wednesday, 20 February 2013
JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA (JDAB) 1MALAYSIA
Amboi. Untung nya golongan bumiputera ni. Sampai nak masuk ke universiti pun kena cari. Kagum dengan hasrat dan cita-cita kerajaan untuk menaikkan taraf pendidikan orang-orang Melayu.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) memulakan misi penjelajahan ke
seluruh negara bagi mencari 5,000 pelajar miskin yang berkelayakan untuk
melanjutkan pelajaran ke universiti itu.
PERATURAN BARU PERNIAGAAN BERASASKAN INTERNET
Mulai 1 Julai ini, semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian perlu
mematuhi peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan
Elektronik) 2012 bagi menjamin kepentingan kepenggunaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peraturan itu penting memandangkan seramai 1.1 juta rakyat negara ini menjalankan urusniaga dalam talian (perdagangan elektronik) dengan nilai perniagaan sebanyak RM1.8 bilion pada 2010 dan dijangka meningkat kepada RM5 bilion menjelang 2014.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peraturan itu penting memandangkan seramai 1.1 juta rakyat negara ini menjalankan urusniaga dalam talian (perdagangan elektronik) dengan nilai perniagaan sebanyak RM1.8 bilion pada 2010 dan dijangka meningkat kepada RM5 bilion menjelang 2014.
Monday, 18 February 2013
BAKA AYAM KAMPUNG 'MARDI' BARU - TELUR BANYAK & DAGING LEBIH
Cakap pasal bidang penternakan, aku minat jugak la nak berkecimpung. Ada la tengok-tengok blog cerita tentang penternakan ayam telur dan ayam kampung. Dan, kebetulan keluar kat Harian Metro cerita pasal ayam hari ni.
Pembiakbakaan ayam kampung tempatan memasuki fasa terbaru apabila
penyelidikan terhadap baka yang diambil dari utara dan selatan negara
disatukan untuk menghasilkan ayam berkualiti dikenali Ayam Kampung
MARDI.
Projek biak baka Ayam Kampung MARDI dipelopori bekas pegawai
penyelidiknya, Dr Engku Azahan Engku Ahmad pada 2005 sebelum disambung
rakan setugas, Azlina Azma Ismail Affendee.
Pembiakbakaan Ayam Kampung MARDI kini dilakukan di stesen
penyelidikan MARDI di Muadzam Shah, Pahang, menggunakan Dana Sains
daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah
RM300,000.
KISAH PENGAJARAN MAK CIK 'TEMPE'
Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun
jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi
sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah.
Kisah yang berkisarkan tentang penjual tempe ini, wajahnya sedih kerana
tempe yang dibuat langsung tidak menjadi, dan tidak laku ketika dijual
di pasar. Memang secara logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli
tempe yang belum siap dimasak bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran
kisah ini.
Friday, 15 February 2013
PEMBIAYAAN PERUNTUKAN PERNIAGAAN RM 600 JUTA - TEKUN
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN)
akan memberi komitmen sepenuhnya dalam membantu menyalurkan pembiayaan
kepada usahawan kecil tempatan apabila akan meningkatkan jumlah
peruntukkan pembiayaannya sebanyak RM600 juta bagi tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Rahim
Hassan berkata, jumlah peruntukkan itu dijangka dapat dimanfaatkan
lebih 50,000 usahawan yang memohon.
DANA USAHAWAN MUDA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan
dua inisiatif kerajaan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan dan
membantu golongan muda memulakan perniagaan.
Inisiatif itu ialah pelaksanaan program Karisma Hati Rakyat di bawah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membabitkan
peruntukan kerajaan RM50 juta dan Dana Usahawan Muda yang juga berjumlah
RM50 juta dikendalikan SME Bank.
Friday, 1 February 2013
RAHSIA KEJAYAAN 'STARBUCKS'
Siapa yang tak kenal Starbucks? Starbucks merupakan rangkaian kedai kopi yang terbesar di dunia, mencecah jualan berbilion-bilion dolar setiap tahun, dengan 60 juta pelanggan dan memiliki lebih 17,000 cawangan di seluruh dunia. Di Kuala Lumpur, Starbucks telah menjadi imej atau ikon kepada generasi cafe dan hantu WiFi di mana-mana bandar di negara kita.
Sepuluh
tahun dahulu, Starbucks dilihat sebagai kedai kopi untuk orang-orang
kaya Kuala Lumpur. Tetapi sekarang ia sudah menjadi sebahagian daripada
kehidupan harian buat mana-mana individu yang tinggal di sebuah bandar
besar di negara ini. Hari ini, Starbucks bukan sekadar kedai menjual
kopi. Ia adalah tempat pertemuan, tempat untuk berehat, tempat untuk
menjalankan perniagaan, sebuah ‘rumah’ yang jauh dari rumah.
Wednesday, 30 January 2013
Monday, 21 January 2013
BELAJAR DARI 'KESILAPAN'
Kesilapan..Kesilapan..Kesilapan..dan terus melakukan K E S I L A P A N !
Tidak mengapa jika sekali sekala kita melakukan KESILAPAN. Lumrah, setiap insan pasti melakukan KESILAPAN.
Friday, 18 January 2013
'STEVE JOBS' MALAYSIA BERUMUR 17 TAHUN
Baca Harian Metro online pagi ni, dan terbaca pasal artikel ni. Kagum, kagum dan kagum ! Wah, zaman teknologi sekarang dah lain macam dan yang positifnya telah melahirkan generasi-generasi yang cerdik pandai tak kira di mana kita berada.
Makin ramai usahawan dan jutawan muda bumiputra yang saban hari banyak dilahirkan. Nama-nama seperti Irfan Khairi, Azizi Aziz, blogger-blogger seperti BeautifulNara, Redmummy dan lain-lain telah membuktikan bahawa golongan bumiputra sekarang telah BERUBAH, mengorak langkah dengan lebih maju ke hadapan.
Makin ramai usahawan dan jutawan muda bumiputra yang saban hari banyak dilahirkan. Nama-nama seperti Irfan Khairi, Azizi Aziz, blogger-blogger seperti BeautifulNara, Redmummy dan lain-lain telah membuktikan bahawa golongan bumiputra sekarang telah BERUBAH, mengorak langkah dengan lebih maju ke hadapan.
Usianya baru menjangkau 17 tahun, namun bakat luar biasa dimiliki pelajar, Syed Muhammad Syed Abdullah mengagumkan berikutan mampu menembusi perisian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple menerusi lima aplikasi dihasilkan untuk iPhone dan satu permainan ciptaannya diiktiraf terbaik dunia.
Wednesday, 16 January 2013
DUA EMPAYAR PERNIAGAAN YANG BERMULA DARI BAWAH
Kalau sebut dua nama ni, kita mesti dah selalu dengar atau mungkin kita selalu pergi ke tempat ni untuk membeli barang. Siapa tak kenal Jakel? Dan siapa tak kenal Mydin? Dua empayar perniagaan bumiputra yang sangat terkenal di negara kita.
Korang mesti tertanya-tanya dan nak tahu bagaimana kedua-dua empayar perniagaan ini BERMULA? Aku memang kagum sangat dengan prinsip dan cara diorang meniaga.
Realitinya, JAKEL dan MYDIN bermula dari bawah !
Wisma Jakel |
Tuesday, 15 January 2013
BANTUAN LESEN 1MALAYSIA
Alhamdulillah. Kerajaan memberi bantuan terbaru kepada golongan BELIA. Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia. Hanya
lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah program ini. Skim ini
bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk
memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai
undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.
Monday, 14 January 2013
RAHSIA KEBIJAKSANAAN 'YAHUDI'
Selamat pagi semua. Lama den tak update post terbaru sebab tengah sibuk sket set up bisnes wife. Ok, kali ni aku nak kongsikan satu kajian yang dilakukan oleh Dr
Stephan Carr tentang bagaimana kaum Yahudi dapat melahirkan ramai
cendiakawan dari pelbagai bidang. Artikel ini bertajuk “WHY THE JEWS SO
SMART?”. Amat menarik kerana artikel membincangkan tentang
adakah kaum Yahudi ini dilahirkan untuk menjadi pintar, suatu kebetulan
atau atas usaha mereka sendiri?
Wednesday, 9 January 2013
MENCARI INSPIRASI DAN SEMANGAT UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN
Untuk menceburi bidang 'perniagaan', seseorang perlulah mempunyai MINAT dan bukanlah ia berlaku atas kehendak atau paksaan dari orang lain. Ia kena bermula dari dalam DIRI anda sendiri.
Sebagai contoh, sekiranya anda kerja makan gaji misalannya di kedai makan, adakah kita akan kerja di kedai makan sampai bila-bila ATAU mungkin suatu hari nanti anda juga akan membuka kedai makan sendiri. Sekiranya 'boss' anda cakap macam mana pun, bagi tips perniagaan macam mane pun dan anda buat dek jer, memang korang kerja kedai makan la sampai bila-bila.
Ayuh...Mungkin kata-kata semangat di bawah dapat memberi 'Inspirasi' kepada anda !
Sebagai contoh, sekiranya anda kerja makan gaji misalannya di kedai makan, adakah kita akan kerja di kedai makan sampai bila-bila ATAU mungkin suatu hari nanti anda juga akan membuka kedai makan sendiri. Sekiranya 'boss' anda cakap macam mana pun, bagi tips perniagaan macam mane pun dan anda buat dek jer, memang korang kerja kedai makan la sampai bila-bila.
Ayuh...Mungkin kata-kata semangat di bawah dapat memberi 'Inspirasi' kepada anda !
Monday, 7 January 2013
RAHSIA PERNIAGAAN MYDIN - 'MYDIN DI SEBALIK TABIR'
Siapa tak kenal Mydin. Mydin sekarang dah lain. Ingat Mydin, mesti ingat tagline 'Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong ! Macam aku duduk di Ipoh, selalu la tiap-tiap bulan lebih kurang tiga empat kali datang 'shopping' barang keperluan.
Wife aku suka sangat laksa dekat Mydin. Kadang-kadang teringin, bawak jer pegi sane. Hehe
Jalan-jalan kt Mydin, kat tingkat 2 jumpa seksyen untuk jual buku. Wah..Mydin sekarang dah lain, semua barang ade. Kebetulan aku ternampak sebuah buku 'Mydin Di Sebalik Tabir'. Aku pun beli la sebab harge die xmahal sangat pun.
PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN
Perniagaan apa yang menguntungkan? Semestinya kita tahu 9/10 rezeki
datangnya dalam perniagaan. Tapi, tak semestinya perniagaan yang kita
lakukan akan berjaya dan dapat untung. Banyak juga perniagaan di luar
sana yang mengalami kegagalan.
Jadi, persoalannya, sekiranya ingin memulakan perniagaan, perniagaan apa yang boleh memberi keuntungan kepada kita?
Soalnya, bukan pada perniagaan apa yang menguntungkan, tetapi perlu memenuhi dua elemen ini, iaitu, MINAT dan PERMINTAAN.
Saturday, 5 January 2013
RAHSIA PERNIAGAAN ORANG CINA
Kenapa ramai bangsa Cina berjaya dalam perniagaan? Tips ini perlu dicontohi oleh semua bangsa untuk lebih berjaya.
TAK SALAH... TAPI APA SALAHNYA KALAU...
TAK SALAH...
kalau korang menyambut kedatangan 1 Januari.
TAPI APA SALAHNYA KALAU...
tak lupa juga menyambut kedatangan 1 Muharram.
TAK SALAH...
kalau korang lebih suka menyebut 'hello' pada kengkawan Islam.
TAPI APA SALAHNYA KALAU...
menyebut 'assalamualaikum' kepada diorang.
Friday, 4 January 2013
'BILLIONAIRE' PENGASAS AL-RAJHI MEMILIH UNTUK HIDUP 'MISKIN'
Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada
seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman
Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
TAHUN BARU, BISNES BARU
Dah 4 hari melangkah masuk ke tahun baru, 2013. Tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan indah termasuklah permulaan aku dalam dunia bisnes ni.
Wednesday, 2 January 2013
ILANICIOUS T-SHIRT INSPIRASI ISTERI
Hari Jumaat yang lepas aku berada di West Port, Port Klang untuk mengambil printer yang baru sampai untuk bisnes isteri aku.
Printer tu dari negara *&^%$# akhirnya sampai jugak dan ni first time la aku handle dengan forwarding agent untuk uruskan custom clearance barang. Dalam pukul 5.00 petang, lori yang menghantar printer tu pun sampai ke rumah.
Thanks kepada pakcik aku yang tolong arrange lori. Isteri aku xikut aku pegi Port Klang hari tu, boleh plak die nak kirim karipap IKEA kan, mane la nak sempat. Tengok muka die tersenyum lebar printer die dah sampai.
LETIH
Alhamdulillah. Baru lepas semayang Zohor. Rase tenang jer hati petang ni. Tapi perasaan aku dah tak tertahan dah..Kalau korang nak tawu, hari ni aku rasa LETIH sangat...Letih bukan sebab apa.
Tuesday, 1 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)