DALAM kehidupan manusia terutamanya umat Islam, mata pencarian dan hasil
kerja dikenali sebagai rezeki. Dalam hal ini umat Islam mestilah
mencari rezeki yang halal bagi diri dan keluarganya. Rezeki tersebut
mestilah rezeki yang halal daripada hasil usaha tangannya sendiri.

Rezeki adalah bahan keperluan untuk hidup seperti makanan sehari-hari
atau nafkah buat keluarga, pendapatan, penghasilan dan pencarian
seseorang. Selama masih hidup manusia akan tetap diberikan rezeki oleh
Allah SWT, sama ada sedikit ataupun banyak. Rahmat Allah amat luas,
bersyukurlah dengan nikmat Allah dan carilah rezeki yang halal, jangan
makan rezeki yang haram.
Rasulullah SAW bersabda: "Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah
menunaikan yang fardu (seperti solat, puasa dan lain-lain)."
Rezeki yang berkat dapat diraih pada waktu pagi. Nabi SAW bersabda:
"Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan
keperluan-keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkat dan
keuntungan." (riwayat Ath-Thabrani dan Al-Bazzaar).
Dalam hadis yang lain Nabi SAW juga bersabda: "Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi hari mereka (waktu fajar).
Ini dijelaskan lagi oleh Nabi SAW dalam sabdanya: "Selesai solat
fajar (Subuh) janganlah kamu tidur sehingga melalaikan kamu untuk
mencari rezeki." (riwayat Ath-Thabrani).
Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada
usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi
pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah
waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri
fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.
So, jum lah sama2 kita berpagi-pagian mencari rezeki. Mulakan perniagaan awal pagi walaupun prospect 'customer' kita belum bangun lagi mungkin pukul 10 pagi baru bangun tapi kita telah memberi tanggapan bahawa kita serius untuk berniaga. Dan mungkin dapat menarik customer-customer lain, atau mungkin dapat meletakkan diri anda berbeza dengan pesaing anda !
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.