Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun
jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi
sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah.
Kisah yang berkisarkan tentang penjual tempe ini, wajahnya sedih kerana
tempe yang dibuat langsung tidak menjadi, dan tidak laku ketika dijual
di pasar. Memang secara logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli
tempe yang belum siap dimasak bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran
kisah ini.
Monday, 18 February 2013
Friday, 15 February 2013
PEMBIAYAAN PERUNTUKAN PERNIAGAAN RM 600 JUTA - TEKUN
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN)
akan memberi komitmen sepenuhnya dalam membantu menyalurkan pembiayaan
kepada usahawan kecil tempatan apabila akan meningkatkan jumlah
peruntukkan pembiayaannya sebanyak RM600 juta bagi tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Rahim
Hassan berkata, jumlah peruntukkan itu dijangka dapat dimanfaatkan
lebih 50,000 usahawan yang memohon.
DANA USAHAWAN MUDA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan
dua inisiatif kerajaan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan dan
membantu golongan muda memulakan perniagaan.
Inisiatif itu ialah pelaksanaan program Karisma Hati Rakyat di bawah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membabitkan
peruntukan kerajaan RM50 juta dan Dana Usahawan Muda yang juga berjumlah
RM50 juta dikendalikan SME Bank.
Friday, 1 February 2013
RAHSIA KEJAYAAN 'STARBUCKS'
Siapa yang tak kenal Starbucks? Starbucks merupakan rangkaian kedai kopi yang terbesar di dunia, mencecah jualan berbilion-bilion dolar setiap tahun, dengan 60 juta pelanggan dan memiliki lebih 17,000 cawangan di seluruh dunia. Di Kuala Lumpur, Starbucks telah menjadi imej atau ikon kepada generasi cafe dan hantu WiFi di mana-mana bandar di negara kita.
Sepuluh
tahun dahulu, Starbucks dilihat sebagai kedai kopi untuk orang-orang
kaya Kuala Lumpur. Tetapi sekarang ia sudah menjadi sebahagian daripada
kehidupan harian buat mana-mana individu yang tinggal di sebuah bandar
besar di negara ini. Hari ini, Starbucks bukan sekadar kedai menjual
kopi. Ia adalah tempat pertemuan, tempat untuk berehat, tempat untuk
menjalankan perniagaan, sebuah ‘rumah’ yang jauh dari rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



