Tuesday, 26 March 2013

USAHAWAN SELEBRITI MALAYSIA

Dato Wan Mohamad Sani Salleh

Mungkin ramai yang tidak mengenali Dato Wan Mohamad Sani Salleh. Tetapi jika disebut tentang bekas model pelakon dan anggota kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusoff pada lewat 90an? Ha, sudah tentu ramai yang katakan, “Oh dia ke?!”
Jejaka berusia 34 tahun berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti Kolej Sunway ini merupakan antara usahawan merangkap artis yang paling berjaya dalam bidang perniagaan. Dianugerahkan Darjah Dato Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran dato pada 2009, beliau kini adalah pengarah urusan SANI United Sdn Bhd (SUSB). Sebelum ini Dato Sani Memulakan perniagaan dengan membuka bengkel membaiki kenderaan. Pada tahun 2003 Dato Salleh menubuhkan SUSB dengan 2 lagi rakan kongsi yang menarik diri tak lama kemudian yang menyebabkan Dato Sani terpaksa mengambil risiko dengan seorang pekerja dan hanya pada 2006 barulah menyaksikan SANI Express berada di jalanraya dengan 6 buah bas. Kini setelah 7 tahun berlalu SUSB memiliki lebih 150 pekerja dan mempunyai bangunan 3 tingkat sendiri Wisma Dato’ Sani yang terletak di Klang Sentral.

Wednesday, 20 February 2013

JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA (JDAB) 1MALAYSIA

 Amboi. Untung nya golongan bumiputera ni. Sampai nak masuk ke universiti pun kena cari. Kagum dengan hasrat dan cita-cita kerajaan untuk menaikkan taraf pendidikan orang-orang Melayu.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) memulakan misi penjelajahan ke seluruh negara bagi mencari 5,000 pelajar miskin yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti itu.

PERATURAN BARU PERNIAGAAN BERASASKAN INTERNET

Mulai 1 Julai ini, semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian perlu mematuhi peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 bagi menjamin kepentingan kepenggunaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peraturan itu penting memandangkan seramai 1.1 juta rakyat negara ini menjalankan urusniaga dalam talian (perdagangan elektronik) dengan nilai perniagaan sebanyak RM1.8 bilion pada 2010 dan dijangka meningkat kepada RM5 bilion menjelang 2014.

Monday, 18 February 2013

BAKA AYAM KAMPUNG 'MARDI' BARU - TELUR BANYAK & DAGING LEBIH

Cakap pasal bidang penternakan, aku minat jugak la nak berkecimpung. Ada la tengok-tengok blog cerita tentang penternakan ayam telur dan ayam kampung.  Dan, kebetulan keluar kat Harian Metro cerita pasal ayam hari ni.

Pembiakbakaan ayam kampung tempatan memasuki fasa terbaru apabila penyelidikan terhadap baka yang diambil dari utara dan selatan negara disatukan untuk menghasilkan ayam berkualiti dikenali Ayam Kampung MARDI.

Projek biak baka Ayam Kampung MARDI dipelopori bekas pegawai penyelidiknya, Dr Engku Azahan Engku Ahmad pada 2005 sebelum disambung rakan setugas, Azlina Azma Ismail Affendee.
Pembiakbakaan Ayam Kampung MARDI kini dilakukan di stesen penyelidikan MARDI di Muadzam Shah, Pahang, menggunakan Dana Sains daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah RM300,000.

Perniagaan, Motivasi Diri & Kejayaan

Ilanicious Ads

Ilanicious Ads
Ilanicious sell statement t-shirt for men and women with exclusive and custom made design by Direct To Garment printer. We also have large scale textile printing for wholesale / suppliers with PROMOTIONAL prices. Email now at ilanicious@ymail.com

Blog Lain Yang Menarik

Busuk