Sadis kalau blackout jadi macam atas ni.
Thursday, 23 May 2013
Thursday, 16 May 2013
TEKNOLOGI BAKAL MERUBAH PERNIAGAAN ANDA ?
Adakah anda bersedia dengan perubahan teknologi ? Mungkin kah perubahan ini memberi manfaat kepada perniagaan anda atau perubahan teknologi menyebabkan perniagaan anda tidak lagi relevan dan teknologi hanya menambah persaingan kepada perniagaan anda?
Jawapannya mudah. Sekiranya anda memanfaatkan perubahan arus teknologi seperti internet, laman sosial seperti Facebook, Youtube dan yang terbaru Keek anda dapat mentrasformasikan perniagaan anda untuk sentiasa berada di hadapan daripada pesaing anda !
Sebagai contohnya, peniaga yang membuka kedai misalannya di Ipoh pada sekitar tahun 80-an atau 90-an belum tentu lagi kehadiran kedai tersebut hampir akan diketahui oleh segenap pelusuk penduduk di Ipoh. Tetapi dengan wujudnya kemudahan internet, transaksi jual beli bukan sahaja berlaku di kedai malah juga secara online melalui laman sosial seperti Facebook dan kedai blog.
Wednesday, 15 May 2013
CHELSEA JUARA EUROPA LEAGUE !
Thursday BLUES.
Chelsea menang lagi.
Chelsea mengalahkan Benfica 2-1 melalui jaringan Fernando Torres dan Branislav Ivanovic.
Aku senyum. Tengok gambar.
Chelsea menang lagi.
Chelsea mengalahkan Benfica 2-1 melalui jaringan Fernando Torres dan Branislav Ivanovic.
Aku senyum. Tengok gambar.
Tuesday, 14 May 2013
NASIB ORANG MELAYU - TUN MAHATHIR
SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik
simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan
apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu
bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi
dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa
sendiri.
Sunday, 12 May 2013
UMNO & PAS BERGABUNG ?
Ini-lah akan jadi bila UMNO dan PAS apabila bergabung ! Mimpi ?? Tak salah jika mimpi perkara yang baik-baik demi perpaduan umat Islam !
Hehe.. Lawak sebentar sebelum sambung bekerja :-)
Hehe.. Lawak sebentar sebelum sambung bekerja :-)
KISAH BAGAIMANA 25 JENAMA TERKENAL DUNIA BERMULA
Jenama terkenal dunia seperti Coca-Cola, IBM, Miscrosoft, Google, McDonald, Oracle dan Nike diasaskan
oleh orang biasa yang mempunyai semangat dan kelebihan luar biasa.
Kedudukan dan nilai jenama-jenama tersebut ditentukan oleh satu
organisasi antarabangsa yang unggul dikenali sebagai Interbrand.
Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal ini bukan sahaja menarik
untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari.
Bagaimana syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan
yang dicapai saban tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan
patut kita contohi.
Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas syarikat jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat di seluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini ianya bernilai AS70.5 bilion.

Saturday, 11 May 2013
PENGUASAAN 'YAHUDI' DALAM DUNIA PERNIAGAAN
Yahudi merupakan satu bangsa yang tidak asing lagi di mata dunia. Menurut statistik yang diperoleh daripada Wikipedia, dianggarkan terdapat lebih kurang 14 juta penduduk dunia yang berbangsa Yahudi, atau lebih kurang 0.2% daripada populasi dunia. Majoriti mereka ini iaitu 6 juta orang berada di negara Israel, 5 juta berada di negara Amerika Syarikat dan selebihnya di Asia, Eropah dan Afrika.
Friday, 10 May 2013
GENERASI X, Y ATAU Z ?
Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan
untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don
Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk
kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
Wednesday, 8 May 2013
BOSS DAN 'KULI'
Situasi di alam pekerjaan sekarang dah lain. Atau sama jer ea daripada dulu sejak zaman penjajah lagi. Bagi aku, aku rase same jer kot. Kalau ak berjaya dalam KERJAYA, kita mesti AGRESIF tambah-tambah lagi kalau kerja di syarikat bangsa asing yang bukan beragama Islam. Kena kerja KUAT, baru 'untung' banyak. Habis keringat kena kerah. Lu asyik-asyik cuti, esok berenti kerja saja.. Itu la ungkapan-ungkapan yang biasa kita dengar !
BOSS marah kuli perkara biasa. BOSS tak nak tahu ape mende, tapi yang penting janji kerja dia mintak janji siap. BETUL ?
TETAPI, adakah kita sedar sebenarnya agama kita ada memberi garis panduan dan adab-adab sebagai Boss or Kuli ?
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
MESEJ KHAS 'MUFTI PERAK' KEPADA ORANG MELAYU
Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria
Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS
sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada
dalam keadaan berpecah belah.Selain dari itu beliau memberikan nasihat
kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan “fatwa”
yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.
RUMAH INI ADA ONDANG - ONDANG ! OK, FINE !!
Sudah 1 tahun lebih aku berkahwin dengan wife tercinta..Syukur Alhamdulillah kami dah melepasi fasa tahun pertama, dan sekarang berada di dalam tahun kedua.
"RUMAH INI ADA ONDANG-ONDANG," kata isteriku. Nak tergelak pun ada tapi kena SERIUS sebab teringat cerita P. Ramlee al-kisah Tiga Abdul. Bukan aku sorang je dengar, suami-suami lain pun same jugak kan ye tak? Heee..
Subscribe to:
Posts (Atom)